School of Bioprocess Engineering, UniMAP

From the Dean PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 14 October 2008 10:12

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses melangkah seiring dengan misi dan visi UniMAP dalam merealisasikan hasratnya untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Pusat Pengajian ini menjadi peneraju dalam menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Bioproses) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Biosistem).

Bersesuaian dengan masa dan keadaan, kedua-dua program ini dapat menyediakan keperluan tenaga Jurutera Bioproses dan Biosistem yang berkemahiran, berketrampilan, bermotivasi dan dinamik untuk negara industri berasaskan Bioteknologi sebagai peneraju untuk pertumbuhan Malaysia.

Seperti pusat pengajian yang lain di UniMAP, PPK Bioproses turut berusaha seberapa daya untuk menawarkan program yang bukan sahaja seimbang dari segi teori, tetapi turut juga seimbang dalam aspek praktikal atau  amali.

Pendekatan yang diambil oleh UniMAP dapat membekalkan graduan dengan persediaan yang secukupnya untuk pasaran industri selain berketrampilan dan kompetitif.

Prof Madya Dr Mohamed Zulkali Mohamed Daud
Dekan
PPK Bioproses, UniMAP

 

Last Updated ( Wednesday, 25 February 2009 09:05 )
 
slide show

ADMINISTRATION TEAM

WEEKLY WORDS OF WISDOM

Who's Surfing Now?

We have 2 guests online

You are here  : Home > From the Dean