Thumbnail

17 NOVEMBER :

Laman web FEStKUM telah dibangunkan. Sila layari http://www.makum.org untuk maklumat selanjutnya.

 

 

Thumbnail

LATAR BELAKANG MAKUM :

Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) ditubuhkan di bawah naungan Jawatankuasa Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor / Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni  Universiti-Universiti Malaysia dan tarikh penubuhannya ialah pada 11 Februari 1993 yang berlandaskan kesedaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh universiti-universiti berhubung dengan hal-ehwal kebudayaan.

Pada awal penubuhan, majlis ini dianggotai oleh lima (5) buah universiti sahaja iaitu;

            1.         Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
            2.         Universiti Malaya (UM)
            3.         Universiti Malaysia Sabah (UMS)
            4.         Universiti Putra Malaysia (UPM)
            5.         Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Pada masa kini ia dianggotai oleh dua puluh (20) Universiti dan Pengerusi Sekretariat digilirkan antara anggota setiap dua (2) tahun sekali. Terkini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merupakan Pengerusi MAKUM bagi sesi 2009/2010 dan Timbalan Pengerusi pula disandang Universiti Malasysia Sarawak (UNIMAS).

Dasar MAKUM adalah menasihat, memimpin, menyelaras dan memantau perkara-perkara mengenai kebudayaan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertunjangkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

MAKUM juga berkerjasama membantu Kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bagi mencapai matlamatnya, iaitu melahirkan masyarakat yang bertamadun, beradab dan berbudaya Timur.

 

ARKIB BERITA