|
Pensijilan OSHMS MS 1722 : 2005 / OHSAS 18001:2007 |
|
UniMAP sekali lagi telah mengorak langkah apabila berjaya mendapatkan pensijilan OSHMS MS 1722 : 2005 / OHSAS 18001:2007 iaitu pengiktirafan dari pihak Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) bagi dua buah makmal iaitu ‘Teaching Factory’ & ‘Clean Room’ di Kuala Perlis. Pengiktirafan itu menandakan bahawa kedua-dua buah makmal tersebut telah menyediakan semua keperluan serta mengikuti amalan-amalan keselamatan yang telah digariskan oleh OSHMS MS 1722 : 2005 / OHSAS 18001:2007. Majlis penyerahan sijil pengiktirafan tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Pengerusi NIOSH iaitu Y. Bhg, Tan Sri Lee Lam Thye bersama Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP dimajlis yang diadakan pada 18 Januari 2010 di Dewan Keikhlasan. Didalam ucapan aluan yang disampaikan oleh naib canselor UniMAP, beliau telah memuji kesungguhan staf di Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan UniMAP serta semua pihak yang terlibat didalam usaha mendapatkan pengiktirafan ini dan beliau juga telah meminta agar pusat-pusat pengajian yang terletak di kampus tetap UniMAP di Pauh untuk mendapatkan sijil yang sama bagi makmal-makmal baru disana. Di dalam ucapan balas yang disampaikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye, beliau merakamkan penghargaan dan berbangga dengan komitmen UniMAP didalam memastikan kesemua lokasi tempat bekerja di universiti ini berkeadaan kondusif dan sentiasa mematuhi amalan-amalan keselamatan & kesihatan pekerjaan yang ditetapkan. Selain dapat mewujudkan suasana serta rasa selamat dikalangan pekerja dan pelajar, ia juga dapat mengurangkan risiko hazard atau kemalangan dan kecederaan yang bakal mempengaruhi kualiti dan produktiviti kerja. |
|
Last Updated ( Monday, 01 February 2010 )
|