| PAMERAN MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2010 |
|
|
|
|
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mencatatkan kejayaan di dalam Pameran Malaysia Technology Expo(MTE) 2010 yang berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC). Pameran yang diadakan pada 4-6 Februari 2010 telah disertai oleh 65 orang delegasi daripada UniMAP iaitu terdiri daripada 62 orang penyelidik dan penolong penyelidik serta 3 orang urusetia. Dalam pertandingan pada kali ini, sebanyak 27 penyertaan telah dihantar oleh UniMAP berbanding pada tahun lepas yang hanya disertai oleh 20 penyertaan. Kesemua 27 produk yang telah dihantar untuk menyertai pertandingan ini merupakan produk yang terbaik dan telah melalui proses saringan dalam Ekspo Rekacipta & Pameran Penyelidikan UniMAP 2009 yang diadakan pada 7 Januari 2010 yang lalu. Pada hari pertama penyertaan, produk-produk yang dihantar dibahagikan mengikut kategori masing-masing. Pameran MTE pada kali ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg En. Muhamad Bin Batri, Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan), Kementerian Sains Teknologi & Inovasi pada jam 10.30 pagi pada 4 Februari 2010 iaitu pada hari pertama pameran tersebut. UniMAP amat berbesar hati kerana mendapat kunjungan daripada Timbalan-timbalan Naib Canselor, dekan-dekan, serta staf UniMAP yang datang melawat pada hari pertama pameran. Daripada 27 penyertaan di dalam pertandingan ini, UniMAP telah berjaya memenangi 22 pingat iaitu 2 emas, 8 perak dan 12 gangsa. Tetapi daripada kesemua produk yang dipertandingkan itu, hanya 5 produk saja yang tidak memenangi sebarang pingat didalam pameran ini. Pada tahun ini, sebanyak 486 produk berjaya dikumpulkan di bawah satu bumbung dimana sebanyak 428 produk telah berjaya mendapat pingat yang merangkumi 79 pingat emas, 138 pingat perak dan 211 pingat gangsa. Ini merupakan penyertaan yang tertinggi jika dibandingkan pada tahun sebelumnya. Pertandingan seumpama ini amat berkesan serta dapat memberi impak yang menyeluruh kepada penyelidik UniMAP untuk lebih berdaya saing dalam menghasilkan produk yang lebih bermutu tinggi pada masa akan datang. Ia juga dapat memperkenalkan UniMAP di peringkat yang lebih tinggi bukan sahaja kerana universitinya, tetapi juga produk yang dihasilkannya yang bertaraf antarabangsa.
|
|
| Last Updated ( Friday, 05 March 2010 ) |

| Home |
| Management Office |
| Reports |
| Research Clusters |
| Grant App. Guidelines |
| Grant Statistics |
| Grant Opportunity |
| Awards and Achievements |
| Cluster |
| Intellectual Properties |
| List Of UniMAP's Product |
| Form |